Maka bermula lah hobi baru aku setelah menelaah blog2 orang lain(haha yeke tu)...
saja nak try buat benda ni sebab macam best je kongsi2 pendapat dan ilmu dalam ni...
so, peristiwa menarik dalam sejarah selain dari aku punya blog telah di published kan..dengan ucapan "bismillah" aku dengan terharu nya merasmikan sendiri blog aku ni...
10 Ogos bersamaan 10 Ramadhan...
10 Ogos:
10 Ogos merupakan hari ke-222 (hari ke-223 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 143 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari Perayaan Santo Lawrence
- 1675 - Batu asas Balai Cerap Greenwich Diraja (gambar), asas Meridian Perdana hari ini, diletakkan di Greenwich, London.
- 1792 - Revolusi Perancis: Pemberontak di Paris menawan Istana Tuileries, secara berkesan menamatkan pemerintahan beraja Perancis sehinggalah iadipulihkan semula pada 1814.
- 1809 - Sejarah Ecuador: Selepas hampir tiga abad di bawah pemerintahan Sepanyol, teriakan yang pertama untuk kemerdekaan terdengar di Quito.
- 1846 - Institut Smithsonian dipiagamkan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- 1920 - Wakil Sultan Mehmed VI menandatangani Perjanjian Sèvres yang mengiktiraf pemecahan Empayar Uthmaniyyah selepas Perang Dunia Pertama.
- 1990 - Kuar angkasa lepas Magellan (gambar) sampai ke Musytari, 15 bulan selepas pelancarannya.
- 2006 - Polis British menahan 25 orang yang disyaki terbabit dalam rancangan komplot keganasan meletupkan sekurang-kurangnya 10 pesawat dari UK keAmerika Syarikat dan Kanada.
wah banyak juga peristiwa yang ada pada 10 Ogos ni ye...
No comments:
Post a Comment